Suspek edar dadah libas parang ke arah polis ketika cuba larikan diri

TINDAKAN seorang lelaki melibas parang ke arah anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam serbuan dadah di Jalan Ulu Yam, Batu Caves tular di media sosial menerusi video berdurasi 22 saat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Gombak menjalankan operasi tangkapan terhadap suspek pengedaran dadah.

“Dalam cubaan untuk melarikan diri, suspek bertindak agresif dengan melibas sebilah parang ke arah anggota polis sebelum berjaya ditahan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan menemukan sebilah parang sepanjang 57 sentimeter selain dadah disyaki heroin seberat 18.90 gram dan syabu seberat 7.40 gram.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 15 Mei bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Prakash A/L Sithambaram di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img