DBKL sita 10 rumah dijadikan stor sayur, buah-buahan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 10 rumah kediaman yang dijadikan stor simpanan sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit oleh warga asing di sekitar Pusat Bandar Utara, Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

Tindakan penguatkuasaan khas itu dijalankan di Jalan Batu Belah dan Taman Batu View selepas DBKL mengesan premis kediaman terbabit digunakan sebagai stor jualan borong tanpa kebenaran pihak berkuasa.

DBKL dalam kenyataan berkata, kesemua rumah terbabit dikesan menukar fungsi kediaman kepada stor simpanan tanpa Perintah Pembangunan.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 26 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982.

“Kesemua barangan dan peralatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan am, troli, bakul, penimbang dan lain-lain peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL bagi tujuan rekod dan dokumentasi,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik premis mematuhi syarat kegunaan tanah yang diluluskan.

“DBKL mengingatkan mana-mana pemilik premis atau kediaman agar mematuhi syarat-syarat kegunaan tanah yang telah diluluskan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img