PM terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (B) Brian D McFeeters serta delegasi bersempena dengan Misi Perniagaan Malaysia 2026.

Menerusi hantaran dalam Facebook rasmi beliau malam ini, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi memperkukuh pelaburan dan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor antara Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN, khususnya Malaysia.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tegaskan bahawa Malaysia terus mempertingkat daya saing negara melalui kerangka ekonomi yang jelas seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang lebih bersasar dan berasaskan hasil,” kata beliau dalam hantaran itu.

Anwar memberitahu, usaha itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemampanan, daya tahan ekonomi dan penaiktarafan industri negara, di samping memastikan pelaburan berkualiti terus memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Media semalam melaporkan, sebanyak 22 syarikat dari AS termasuk IBM, Micron dan Boeing bersedia menyumbang kepakaran teknikal bagi memastikan transisi hijau Malaysia berjalan lancar dan kos efektif melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Kesemua syarikat berkenaan menyatakan komitmen itu menerusi pertemuan antara Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dengan delegasi USABC yang diketuai McFeeters.

Kesemua 22 firma dari AS itu menyertai misi pelaburan di Malaysia bagi meninjau peluang pelaburan merentas pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img