Dua beradik wanita hilang ketika memancing ditemukan selamat

DUA beradik wanita yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di kawasan hutan berhampiran Kampung Padang Berempah di Sipitang ditemukan selamat malam tadi.

Maimun Sibun, 59, dan adiknya, Zaleha, 56, ditemukan orang awam jam 11.29 malam pada jarak satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, kedua-dua wanita itu dibawa keluar ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi pemeriksaan serta proses pengecaman oleh ahli keluarga.

“Selepas selesai pemeriksaan dan pengesahan dijalankan, kedua-dua mangsa dibawa pulang oleh ahli keluarga.

“Pasukan bomba kemudian menamatkan operasi sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi media pagi ini.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat sebelum itu menerima panggilan kecemasan pada 8.54 malam berhubung dua wanita yang belum pulang ke rumah selepas keluar memancing sejak jam 8.30 pagi.

Kedua-dua mereka dilaporkan gagal dihubungi sehingga mencetuskan kebimbangan ahli keluarga sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan di kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img