Budak 11 tahun maut dihanyut arus ketika cari ikan

KEGEMBIRAAN sekumpulan kanak-kanak mencari ikan di Sungai Rampayan, berhampiran Kampung Dombung, Manggatal bertukar tragedi apabila seorang budak lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras, jam 3.05 petang semalam.

Mangsa, Muhammad Hamizan Aqil Ahmad, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata, mangsa dikatakan ke sungai berkenaan bersama sembilan rakan sebelum dia dan seorang lagi rakannya dipercayai tersasar lalu dihanyutkan arus.

Menurutnya, rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Anggota dari Balai Polis Manggatal bergegas ke lokasi, manakala pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba kira-kira jam 4 petang sebelum mangsa berjaya ditemukan pada jam 4.17 petang.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Likas menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5.46 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengawasi kanak-kanak ketika berada di kawasan sungai atau perairan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img