Peranan Mara perlu diperkukuh, teras pemerkasaan Bumiputera – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu peranan Majlis Amanah Rakyat (Mara) terus diperkukuh sebagai institusi teras pemerkasaan Bumiputera melalui agenda pembangunan secara lebih adil, inklusif dan menyeluruh.

Menurut Perdana Menteri, usaha itu boleh dilaksanakan melalui akses pendidikan berkualiti, latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran, pembiayaan pendidikan, pembangunan usahawan serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan dan ditekankan beliau ketika mengadakan perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi Mara hari ini demi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus dipacu dengan tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.

“Menerusi dasar yang diperjuangkan Mara, lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir selain profesional dan usahawan tempatan yang berdaya saing dapat dilahirkan lantas menyumbang kepada tenaga kerja di negara ini.

“Natijahnya, ini sekali gus meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan,” kata beliau menerusi hantaran dalam laman Facebook malam ini.

Perdana Menteri berkata, menerusi pelbagai inisiatif transformasi dan program penskalaan usahawan, Mara juga telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar serta usahawan Bumiputera dalam memperkukuh mobiliti sosial dan penguasaan ekonomi negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img