Suami maut, isteri cedera MPV terbabit kemalangan dengan treler

SEORANG suami maut, manakala isterinya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi Xpander dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah treler membawa muatan kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tinggi, berhampiran simpang Felda Taib Andak di Kulai petang ini.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu mengakibat pemandu MPV, Zamri Mohamed, 56, maut manakala isterinya, Azizah Abd Samad, 55, cedera.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Fauzi Che Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan itu pada jam 3.23 petang dan sepasukan sembilan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan treler muatan kelapa sawit dengan MPV jenis Mitsubishi Xpander.

“Pemandu lori tidak cedera, namun pemandu MPV yang tersepit telah disahkan meninggal dunia. Penumpang wanita pula mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Fauzi, pihaknya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi di lokasi kejadian itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img