Kerajaan tidak akan beri tumpuan atau pertimbangan soal pengampunan Jho Low – PM

KERAJAAN tidak akan memberi tumpuan atau pertimbangan berhubung soal pengampunan yang dipohon oleh ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang pengampunan oleh Jho Low tidak sepatutnya dijadikan isu kerana tindakan jenayah yang dilakukannya.

“Pertamanya soal yang dibangkitkan semalam, menimbulkan kekeliruan ini soal Jho Low yang saya katakan tidak berbangkit bukan maknanya tiada isu.

“Saya kata kerana kita tidak pertimbangkan sama sekali kalau dia memohon pengampunan, terlibat dalam kecurangan, jenayah, kerugian kita berbilion ringgit takkan nak mohon pengampunan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Dewan Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Meru hari ini.

Anwar menambah, beberapa laporan media semalam bagaimanapun menimbulkan kekeliruan berhubung pendirian Malaysia terhadap perkara itu.

“Tapi bila saya sebut tidak diberi pertimbangan, macam saya tengok sesetengah media dia lapor yang lain.

“Bagi saya tidak berbangkit maknanya tiada isu, tidak jadi isu untuk kita berikan tumpuan dan pertimbangan,” tegasnya.

Selasa lalu, akhbar kewangan antarabangsa, The Wall Street Journal melaporkan Jho Low sedang mengemukakan permohonan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang difailkan dalam tempoh beberapa minggu lalu berdasarkan sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img