Bekas Eksekutif Kanan Proton Global Services didakwa 14 tuduhan rasuah

BEKAS Eksekutif Kanan Proton Global Services Sdn Bhd mengaku tidak bersalah terhadap 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM57,209 sebagai upah meluluskan dokumen Accessories Parts Approval Documents (APADs).

Berdasarkan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, Fizal Rezan Abdul Hamid, 50, didakwa menerima rasuah menerusi 14 transaksi berasingan daripada Zamara Resources berhubung pembekalan safety triangle kepada Proton Global Services Sdn. Bhd. antara Januari 2023 hingga Januari 2024.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Dalam masa yang sama, beliau turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Hakim Awang Kerisnada turut menetapkan tarikh sebutan kes pada 21 Julai depan serta mengarahkan tertuduh untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img