Lelaki ditemukan rentung, rumah dalam kebun terbakar

SEORANG lelaki ditemukan rentung apabila sebuah rumah dalam kawasan kebun di Taman Lembah Bujang, Bedong di Merbok, Sungai Petani terbakar hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Sungai Petani diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhamad Aslan Yusof bergegas ke lokasi.

“Komander Operasi melaporkan sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah setingkat kelas A dalam kawasan kebun.

“Kebakaran memusnahkan anggaran 80 peratus struktur rumah terbabit. Hasil pemeriksaan lanjut pada jam 2.13 petang, seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun dijumpai maut di ruang bilik tidur.

“Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah motosikal yang berada di ruang sama mangsa ditemukan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Siti Norafiza berkata, Komander Operasi melaporkan kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dikawal pada jam 1.57 petang dan kerja-kerja overhaul dilakukan di lokasi.

Setakat ini, beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img