KPDN Kelantan rampas lebih 1.2 juta minyak masak bersubsidi, seorang lelaki ditahan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas lebih 1.2 tan minyak masak bersubsidi selepas menahan seorang lelaki di Jalan Hulu Masjid Pauh Lima, Kampung Pauh 5, Bachok semalam.

Suspek berusia 43 ditahan jam 3.20 petang selepas pasukan operasi Op Tiris Bersepadu mengekori kenderaan dinaiki lelaki itu sejauh 30 kilometer (km).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN, Aswadi Jaafar berkata, hasil pemeriksaan menemui 1.2 tan minyak masak bersubsidi pelbagai jenama disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Anggota bertugas mengekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora hampir 30 km bermula dari kawasan Tok Bali sebelum berjaya menahannya di Bachok.

“Hasil soal siasatan suspek mengaku tinggal berhampiran kawasan sempadan dan terlibat dalam aktiviti berkenaan, namun mendakwa ini adalah kali pertama dia ditahan pihak berkuasa,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu,  nilai rampasan minyak masak termasuk kenderaan dianggarkan mencecah lebih RM13,000 dan kes kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi dijalankan KPDN bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Pasir Puteh.

Aswadi menegaskan, KPDN Kelantan akan terus memperkukuh risikan serta operasi bersepadu bersama agensi strategik lain, khususnya di kawasan sempadan dan laluan panas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img