Warga emas patah tangan ditanduk lembu korban

SEORANG petugas warga emas warga emas patah tangan kiri selepas ditanduk lembu ketika menyertai ibadah korban yang diadakan di pekarangan Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di Kuantan hari ini.

Kejadian berlaku ketika petugas terbabit cuba mengikat lembu berkenaan sebelum disembelih.

Haiwan itu dikatakan bertindak agresif menyebabkan lelaki itu terjatuh sebelum dihempap lembu berkenaan.

Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar berkata, kejadian jam 10.30 pagi menyebabkan suasana tenang dan meriah bertukar cemas apabila lembu berkenaan menyerang warga emas serta seorang petugas lain.

“Warga emas yang diserang lembu mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil. Seorang lagi cedera ringan.

Ideris berkata, lembu seberat 300 kilogram itu disembelih jam 11 pagi dan haiwan itu merupakan antara 17 lembu korban dalam program di masjid itu hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img