PM hargai peranan wartawan, pengamal media perkukuh demokrasi negara

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada wartawan dan pengamal media atas peranan mereka sebagai suara rakyat serta antara tiang penting dalam memperkukuh demokrasi negara sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, peranan media bukan sekadar menyampaikan berita, sebaliknya memikul amanah besar untuk menegakkan kebenaran dengan integriti, kredibiliti, keberanian dan rasa tanggungjawab.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan, pelaporan yang bertanggungjawab amat penting bagi memastikan fakta disampaikan secara tepat, beretika dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Justeru, Perdana Menteri berharap, wartawan dan pengamal media terus memainkan peranan sebagai suara rakyat, pengimbang kuasa serta nurani negara.

Sambutan HAWANA diperkenalkan pada 2018 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan wartawan dalam pembangunan negara, manakala tarikh 29 Mei dipilih sempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 1939.

HAWANA 2026 mengangkat tema ‘Media Berintegriti, Teras Kredibiliti’ dan majlis kemuncak sambutan pada 20 Jun depan di Pulau Pinang dijadual dirasmikan Perdana Menteri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img