Sambutan luar biasa PBAKL bukti budaya membaca masih istimewa dalam masyarakat – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas sambutan luar biasa rakyat terhadap Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, yang membuka tirainya hari ini.

Perdana Menteri berkata, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pendidik, mahasiswa dan kanak-kanak memberi isyarat jelas bahawa budaya membaca serta menimba ilmu masih mempunyai tempat yang istimewa dalam jiwa masyarakat.

DATUK Seri ANwar Ibrahim melawat salah satu reruai yang terdapat pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mulai hari ini. Turut hadir, pelakon dan kartunis tanah air, Datuk Imuda. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Sering saya tegaskan bahawa kecintaan terhadap ilmu tidak seharusnya lahir kerana peperiksaan, pengiktirafan atau janji untuk kedudukan semata.

“Kerana yang lebih utama ialah tercetusnya rasa nikmat dalam menuntut ilmu, atau apa yang disebut oleh para ilmuwan sebagai lazzatul ma’rifah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, cabaran utama masyarakat ketika ini bukan lagi isu kekurangan maklumat sebaliknya bagaimana untuk memilih ilmu yang bermutu dan bermanfaat.

“Mari bersama kita manfaatkan kesempatan ini untuk membina generasi yang cintakan pembacaan, luas pengetahuannya, dan teguh nilai kemanusiaannya, demi sebuah Malaysia yang madani, berbudaya dan berperadaban,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan edisi ke-43 PBAKL yang berlangsung selama 10 hari hingga 7 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Disertai ratusan penerbit dari dalam dan luar negara melibatkan lebih 1,000 reruai, pesta buku berkenaan dibuka kepada orang ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img