Maut motosikal rempuh tong padi tepi jalan

SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tong padi sebuah traktor yang diparkir di tepi jalan sebelum dirempuh motosikal lain di Jalan Tali Air 11, Ban 1, Sungai Nibong di Sekinchan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, kemalangan pada jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 70 tahun menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Ban 1 ke Ban 2.

“Tiba di lokasi, dia terlanggar bahagian belakang tong padi traktor yang diparkir di kiri jalan hingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Pada masa sama, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di muka dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang Yamaha Y15ZR turut cedera di muka.

“Mayat warga emas itu dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat, manakala pemilik tong padi traktor sudah dikenal pasti dan sudah diambil keterangan,” katanya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Atikah Md Ali di talian 013-332 8212 bagi membantu siasatan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img