‘’Tiada usul, perkara boleh cacat cela atau putuskan hubungan Bersatu’’ – MB Perlis

MENTERI Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata, tiada usul undi tidak percaya sepanjang tiga hari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis terhadap beliau membuktikan hubungan antara ADUN Pas dan Bersatu dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis kekal kukuh.

Justeru kata Abu Bakar yang juga ADUN Kuala Perlis dakwaan wujud usaha menjatuhkan beliau hanyalah spekulasi pihak tertentu untuk mewujudkan perpecahan dalam gabungan berkenaan.

“Alhamdulillah, hari ini sudah terang lagi bersuluh. Sebenarnya isu (undi tidak percaya) ini sengaja dimainkan pihak yang cuba melaga-lagakan dan memecahbelahkan hubungan wakil rakyat PN Perlis.

“Bagaimanapun dalam politik kita kena ambil kira pelbagai kemungkinan. Namun hari ini kita berjaya membuktikan bahawa tidak ada langsung usul atau perkara yang boleh mencacat cela dan memutuskan hubungan antara Bersatu dan Pas,” katanya kepada wartawan di Kangar.

Abu Bakar berkata, semua ADUN kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik sehingga persidangan dapat disempurnakan dalam suasana harmoni.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menyempurnakan tugas masing-masing. Yang penting, kita sentiasa kekal tenang dalam PN dan terus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img