JIM Kedah hantar pulang 94 PATI ke negara asal

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menghantar pulang seramai 94 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal masing-masing menerusi Program Penghantaran Pulang PATI yang dilaksanakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1), hari ini.

Kesemua PATI terbabit terdiri daripada 82 lelaki dan 12 wanita yang sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Belantik.

JIM Kedah dalam kenyataan memaklumkan, mereka yang dihantar pulang adalah warga Bangladesh, China, Mesir, Kenya, India, Pakistan dan Myanmar.

Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Kesemua mereka telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, semua PATI yang dihantar pulang turut disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia bagi menghalang mereka daripada memasuki semula negara ini.

Katanya, program penghantaran pulang itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan JIM Kedah dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen serta memastikan setiap warga asing yang berada di negara ini mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan.

“Jabatan Imigresen Malaysia akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan, pengesanan, penahanan dan penghantaran pulang PATI secara berterusan dan menyeluruh.

“Ia bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta memelihara keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan Malaysia,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img