Individu dipercayai fitnah kes Jaslinda direman empat hari – Polis

POLIS menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kenyataan berunsur fitnah berkaitan kes melibatkan pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek ditahan semalam dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Semalam kita telah tangkap suspek dan kita telah mendapat perintah reman empat hari untuk siasatan lanjut. Buat masa ini kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Alwi berkata, polis telah merakam keterangan seramai 28 individu secara keseluruhan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, Jaslinda juga telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Semua yang berkaitan dengan kes ini kita telah ambil keterangan termasuk Jaslinda,” katanya.

Mohd Alwi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana boleh mendatangkan fitnah kepada pihak yang terlibat.

Pendaki wanita itu dilaporkan hilang sejak mendaki Gunung Batu Putih di Tapah pada 23 Mei lalu dan berjaya ditemukan dalam keadaan selamat selepas 14 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img