Pemandu lori tunjuk isyarat lucah, pandu berbahaya ditahan

SEORANG pemandu lori ditahan polis selepas dipercayai memandu secara berbahaya selain menunjukkan isyarat lucah ketika memandu dalam kejadian di Lebuhraya Kajang Silk menghala ke Bandar Baru Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang tular di aplikasi TikTok sebelum laporan polis dibuat pada jam 7.15 malam, hari ini.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 35 tahun pada jam lebih kurang 8.45 malam bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu kenderaan di jalan awam secara gopoh, cuai atau melulu sehingga membahayakan nyawa manusia serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana membuat isyarat lucah dengan niat mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan bersama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img