Remaja 14 tahun maut motosikal bertembung ambulans

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan motosikal di Jalan Kampung Tebauk, di Kuala Terengganu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Faris Dasuki Bokhairi, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Batu Enam menuju ke rumahnya di Kampung Bukit Tunggal.

“Siasatan awal mendapati sebuah ambulans jenis Toyota Hiace yang datang dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki simpang, sebelum dilanggar motosikal mangsa di bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan berkenaan.

“Kemalangan menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala ambulans terbabit turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azli memberitahu, pemandu ambulans berusia 19 tahun serta seorang penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau turut mengesahkan penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan, katanya lagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img