Jururawat antara lima direman kes jual beli MC palsu

KEGIATAN menjual dan membeli sijil cuti sakit (MC) palsu menggunakan nama seorang pegawai perubatan kerajaan terbongkar apabila lima individu termasuk seorang jururawat ditahan polis di daerah  Pekan.

Perintah reman terhadap semua suspek membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 55 tahun itu dibenarkan Majistret Melody Woon Sze Mun bagi tempoh antara tiga hingga empat hari untuk membantu siasatan.

Difahamkan, tangkapan dilakukan di lokasi berasingan antara jam 3 petang hingga 10 malam semalam susulan siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu.

Selain individu yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah dan jururawat terbabit, polis turut menahan seorang individu yang dipercayai membeli salah satu sijil cuti sakit palsu berkenaan.

Siasatan awal mendapati sijil cuti sakit itu menggunakan nama, cop dan tandatangan seorang pegawai perubatan kerajaan.

Bagaimanapun, semakan mendapati doktor terbabit tidak lagi bertugas di fasiliti kerajaan berkenaan sejak 2023.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Semalam, media melaporkan polis menahan tiga individu kerana disyaki menjual sijil cuti sakit palsu menggunakan nama seorang pegawai perubatan kerajaan sebelum siasatan diperluaskan sehingga membawa kepada tangkapan tambahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img