Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan durian di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu membabitkan sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki dan sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menghantar durian ke Kelantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Ng See Jou, 47, bersama tiga lelaki warga China sedang bergerak dari Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Lori pula dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dalam perjalanan dari Raub menuju ke Kelantan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, pemandu kereta dan seorang penumpang warga China yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Katanya, dua lagi penumpang warga China yang berada di dalam kereta serta pemandu lori mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img