Lelaki terkena serangan jantung ketika memandu maut, isteri cedera

SEORANG lelaki yang dipercayai terkena serangan jantung meninggal dunia apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemandu terbabit yang berusia 47 tahun meninggal dunia manakala isterinya yang berusia 46 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, dalam kejadian itu kenderaan dinaiki lelaki itu bersama isterinya juga hilang kawalan hingga terbabas dan terbalik.

Beliau berkata, pada jam 2.45 awal pagi, polis menerima panggilan berkaitan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan terbabas berhampiran sebuah hotel di pusat bandar.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun bersama isterinya berusia 46 tahun.

Katanya, pemandu berkenaan yang bekerja kampung dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu dan maut di tempat kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tindakan susulan.

“Manakala isterinya dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes ini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img