JKDM nafi keluarkan surat guna nama, logo jabatan

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan ada mengeluarkan surat yang tular di media sosial menggunakan nama, logo dan identiti jabatan berkenaan baru-baru ini.

JKDM dalam kenyataan memaklumkan, surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

Menurutnya, penggunaan nama serta identiti JKDM dalam surat terbabit dipercayai bertujuan memperdaya orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran berdasarkan surat tersebut dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali.

“Selain itu, membuat semakan melalui saluran rasmi JKDM sekiranya menerima surat yang meragukan,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, JKDM berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan JKDM di talian 1-300-888-500.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img