Simbah cat: Penganggur, ibu tunggal dipenjara setahun dan didenda RM3,000

SEORANG penganggur dan seorang ibu tunggal dihukum penjara setahun serta didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat menyimbah cat merah di dua buah rumah, awal bulan ini.

Majistret Afifah Hazimah Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Khoirunizam Mahmudi, 24, manakala Majistret Tan Chiew King mengenakan hukuman sama terhadap Siti Nurul Soleha Jafery, 26, dalam prosiding berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara tambahan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan menyimbah cat merah di sebuah rumah di Kampung Oren, Ulu Tiram pada jam 4.30 pagi, 16 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah rumah di Taman Air Biru, Pasir Gudang pada jam 1 pagi, 11 Jun lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal dan Nor Deana Aqilah Aliman, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nurul Hidayah.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img