Polis siasat kes jenazah lewat kebumi di Ukay Perdana

POLIS mengesahkan menerima laporan dibuat waris berkaitan kelewatan urusan pengebumian satu jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang di ibu negara hingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.

ASISTEN Komisioner Khairul Anuar Khalid

“Saya sahkan laporan dibuat dan ia masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan kelewatan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, kelewatan itu sebenarnya berlaku akibat kekeliruan waris yang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian kepada Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) yang tidak mempunyai hubungan dengan pihak masjid.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid meminta bayaran RM1,400 bagi membolehkan jenazah diuruskan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img