Mayat wanita ditemukan dalam bagasi di ruang tamu rumah

POLIS menyiasat penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam sebuah bagasi di ruang tamu sebuah rumah di Taman Impian Indah, Kajang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.37 malam.

Menurut beliau, susulan laporan diterima, sepasukan polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat satu mayat perempuan ditemukan di dalam sebuah bagasi yang berada di ruang tamu rumah berkenaan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan setakat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau talian kecemasan NG MERS 999.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img