PM dijadual lancar pasport baharu dengan 94 ciri keselamatan esok

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan di Lobi Parlimen, esok.

Langkah menaik taraf dokumen perjalanan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara bersesuaian dengan statusnya sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia.

PMA baharu ini menampilkan lonjakan ciri signifikan berbanding versi sedia ada yang hanya memiliki 49 ciri keselamatan, sekali gus menjadikannya lebih istimewa dan sukar untuk dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab.

Antara aspek yang dinaik taraf adalah elemen hologram, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi serta beberapa ciri forensik khas.

Malah, kehalusan elemen keselamatan turut diterapkan pada benang yang menjahit buku pasport berkenaan, selain setiap helaian muka surat yang direka secara berbeza.

Awal tahun ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu demi memperkasakan aspek keselamatan data negara.

PMA berada di tangga ketiga pada 2025 sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia berdasarkan Ranking Pasport Index.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img