Tiga tahun edar dadah, lelaki ditahan dengan 600 pil yaba

SEORANG lelaki dipercayai membekalkan dadah kepada nelayan dan penduduk sekitar Tok Bali sejak tiga tahun lalu diberkas bersama 600 biji pil yaba dalam serbuan di sebuah bangsal tidak berpenghuni di Kampung Haji Wan Omar, Semerak, petang semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 4.30 petang hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemui satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi 600 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM6,000.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku dadah itu miliknya namun enggan mendedahkan sumber bekalan dan bagaimana bahan terlarang itu diperoleh.

“Suspek juga mengaku terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak tiga tahun lalu bersama seorang rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dadah berkenaan dipercayai diedarkan kepada nelayan serta penduduk sekitar Tok Bali.

Katanya, pihak PGA akan terus mempergiat risikan dan penguatkuasaan bagi mengesan aktiviti pengedaran, penjualan serta penyalahgunaan dadah di kawasan terbabit selain memburu individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian itu.

“Usaha memutuskan rantaian pengedaran dadah akan diteruskan bagi mengekang ancaman jenayah berkaitan dadah di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img