Pasangan suami isteri ditahan bantu kes kemalangan tular Perodua Kembara

SEPASANG suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara yang tular di media sosial, malam tadi.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Majistret hari ini.

“Mahkamah membenarkan suspek pertama direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 5 Julai bagi membantu siasatan.

“Manakala suspek kedua dibebaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapannya diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian kemalangan.

“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img