Butir matan palsu RM20 juta: 2 pengarah syarikat antara 3 ditahan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pengarah syarikat, pengeluar dan pemproses padi dan beras kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM20 juta, tahun lalu.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana dipercayai mengemukakan dokumen tersebut kepada sebuah institusi kewangan pembangunan bagi dana Kemudahan Modal Kerja Perdagangan-I (Trade Working Capital Financing) untuk pembelian padi dan beras.

Menurut sumber, seorang daripada tiga suspek tersebut telah ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Julai depan yang dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Alor Setar pagi tadi.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang juga merupakan pengurus operasi telah ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di Alor Setar,” kata sumber itu hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang merupakan ahli keluarga telah bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.

“Bagaimanapun dua lagi suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengarah syarikat telah dibebaskan dengan jaminan SPRM,” tambahnya.

Kata sumber itu, kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu tersebut kepada institusi kewangan pembangunan bagaimanapun tidak berlaku urusan pembelian padi dan beras tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img