SPRM, ATM tingkat perkongsian risikan banteras rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam aspek risikan, pertukaran maklumat dan pemantapan tadbir urus bagi memperkasakan usaha membanteras rasuah serta memelihara kepentingan negara.

Komitmen itu dizahirkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO), Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat itu diadakan sebagai sesi pengenalan bersempena pelantikan Fazal sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM yang secara rasmi memegang jawatan itu pada 21 Mei lalu.

Abd Halim berkata, SPRM amat menghargai hubungan kerjasama yang sedia terjalin dengan ATM dan berharap sinergi antara kedua-dua agensi akan terus diperkasakan.

“Saya percaya sinergi ini akan terus diperkukuh, khususnya dalam aspek perkongsian risikan, pertukaran maklumat dan pengukuhan tadbir urus bagi memastikan usaha membanteras rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan negara,” katanya.

Sementara itu, Fazal berkata, ATM sentiasa komited mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi, mengutamakan disiplin dalam setiap aspek pelaksanaan tugas serta memastikan setiap operasi dilaksanakan secara profesional.

“Kerjasama erat dengan SPRM akan terus diperkasakan bagi menyokong agenda integriti dan tadbir urus yang cemerlang,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin dan Pengarah Direktorat Keselamatan dan Risik Balas ATM, Leftenan Kolonel Muhamad Zainol Md Yusof.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img