Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ke Sungai Melaka

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Melaka berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina di Melaka, tengah malam tadi.

Mangsa berusia 45 tahun itu dilaporkan hilang sejurus terjatuh ke dalam sungai sebelum kejadian disedari orang awam yang kemudian menghubungi talian kecemasan 999.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohammad Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.03 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang diketuai Komander Operasi, Nor Adika Hasan bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya di lokasi, komander operasi mengesahkan terdapat seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Operasi SAR kemudian digerakkan segera di sekitar kawasan kejadian bagi mengesan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, operasi membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR diteruskan.

“Perkembangan lanjut mengenai operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img