Sembilan termasuk enam warga China didakwa positif methamphetamine

SEMBILAN individu termasuk enam warga China didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu atas pertuduhan positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua tertuduh terdiri daripada enam warga China iaitu Qin Qin Yan, Wu Zhiling, Zhu Wanyu, Pan Yumeng, Jiaodan Aili dan Guo Wensheng serta tiga lelaki tempatan, Tan Bok Seong, Choy Chee Wai dan Seow Guo Wei.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin antara RM3,000 hingga RM4,000 setiap seorang.

Mahkamah turut menetapkan 25 September serta 7 dan 19 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Choy Chee Wai ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan seseorang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img