Namewee mohon semakan dua pertuduhan dadah di mahkamah

PENYANYI rap, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini bagi mengemukakan representasi untuk memohon semakan terhadap dua pertuduhan memiliki bahan terlarang.

Lelaki berusia 43 tahun itu tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi dengan berpakaian serba hitam serta memakai topi ‘beanie’ kelabu.

Sebelum ini, pada 19 Januari, Namewee didakwa memiliki 1.57 gram methamphetamine di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Namewee turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.78 gram sildenafil di lokasi dan masa sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Namewee sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Pada 22 Disember tahun lalu, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan beliau daripada satu pertuduhan berasingan iaitu mengambil dadah sendiri selepas pihak pendakwaan menarik balik kes susulan keputusan ujian patologi yang didapati negatif.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img