Dokumen palsu : Tiga individu termasuk bekas pengurus ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan tiga individu termasuk seorang bekas pengurus syarikat produk sejuk beku kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM51,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd Roslan hari ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pagi tadi dengan suspek lelaki direman sehingga 30 Julai manakala kedua-dua suspek wanita sehingga 29 Julai.

Menurut sumber, suspek lelaki dan kedua-dua suspek wanita berusia lingkungan 20-an dan 30-an  ditahan kira-kira 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Mei dan Jun 2023.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan makanan pakej perkahwinan melibatkan tiga transaksi pembayaran melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat serta dua akaun bank peribadi milik suspek terlibat,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img