Pemuda maut motosikal rempuh lembu melintas

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lembu yang melintas di Jalan Dato Miskun, Jeram di Kuala Selangor pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Jeram menghala ke Kapar, Klang dan sebaik sahaja tiba di lokasi, dia terlanggar seekor lembu yang melintas di laluannya.

“Impak kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Azaharudin, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img