Kempen Internet Selamat diperluas ke luar bandar, buka peluang jana pendapatan

PENGANJURAN Kempen Internet Selamat perlu diperluas ke lebih banyak kawasan luar bandar termasuk penempatan FELDA bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital selain membuka peluang penjanaan pendapatan menerusi ekonomi digital.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata program seumpama itu bukan hanya dilaksanakan di kawasan bandar dan separa bandar, tetapi juga wajar diperluas supaya manfaatnya dapat dinikmati masyarakat luar bandar.

Beliau berkata mesej mengenai kepentingan menggunakan Internet secara selamat itu penting memandangkan masyarakat kini semakin bergantung kepada teknologi berkenaan dalam kehidupan harian termasuk untuk menjana pendapatan.

“Saya nampak program seperti ini sangat sesuai dengan suasana di kawasan luar bandar. Saya akan minta supaya pasukan MCMC memperbanyak program seperti ini.

“Kita nampak sering kali kempen-kempen diberi fokus di kawasan bandar dan separa bandar, tetapi saya rasa ia perlu dibawa termasuk ke kawasan-kawasan FELDA. Insya-Allah akan diperbanyak program seperti ini pada masa depan,” katanya kepada pemberita pada Karnival Komuniti: Kempen Internet Selamat di Felda Palong 2 di Jempol hari ini.

Fahmi berkata pada masa sama, Kementerian Komunikasi juga akan memastikan lebih ramai anak muda diberikan pendedahan mengenai peluang ekonomi digital termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara selamat dengan kemudahan Internet yang lebih baik.

“Ini yang kita mula laksanakan melalui program keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) tetapi mungkin perlu diperluas kerana bukan semua kawasan FELDA mempunyai NADI.“Contohnya menjadi TikTok Shop Affiliate, menjual produk menerusi Shopee, Lazada dan sebagainya. Modul-modul itu memang diajar di NADI,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img