
KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah isyarat jelas rakyat menolak politik kebencian serta sentimen perkauman.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, mandat diberikan pengundi daripada pelbagai kaum membuktikan rakyat lebih mengutamakan kestabilan dan pentadbiran yang mampu membawa kemakmuran kepada negeri.
“Yang penting rakyat sedang menunggu parti mana yang boleh terus memimpin rakyat untuk kebaikan semua rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Negeri Sembilan.
“Tentunya rakyat menolak unsur kebencian dan rakyat menolak unsur yang berkaitan dengan perkauman.
“Rakyat di seluruh Negeri Sembilan daripada kalangan orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli terus memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada gandingan BN dan PN,” katanya di Wisma UMNO Negeri Sembilan, malam ini.
Jalaluddin turut mengakui terharu dengan sokongan diberikan rakyat Negeri Sembilan hari ini.






