TDM gagalkan cubaan seludup lebih 10 tan daging sejuk beku

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 10 tan produk daging sejuk beku bernilai hampir RM260,000 ke Indonesia dalam satu operasi di kawasan Serikin, Bau, petang semalam.

Cawangan Risik Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia dalam kenyataan  memaklumkan Ops Keris Parang itu dijalankan pasukan operasi Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) kira-kira 2.30 petang.

“Rampasan berkenaan melibatkan 320 karton daging sejuk beku jenama Allana, 170 karton sosej ayam jenama Ayam Madu dan 21 karton perut lembu sejuk beku jenama Australian E.C. Throsby, kesemuanya seberat 10,220 kilogram dengan nilai RM258,320,” menurut kenyataan itu.

Menurut Cawangan Risik Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia, rampasan dilakukan selepas pasukan operasi menahan sebuah lori yang bergerak dari laluan haram Kampung Sebobok ke arah sempadan Malaysia-Indonesia di sebuah ladang sawit, kira-kira 900 meter dari sempadan.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori warga tempatan berkenaan gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan dokumen muatan yang sah.

“Lori Mitsubishi Fuso bernilai RM95,000 itu dan sebuah telefon pintar bernilai RM1,000 kini dirampas dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM354,320.

“Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau sebelum kes diambil alih Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bau untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img