Jurujual pakaian wanita rugi hampir RM300,000 diperdaya sindiket pelaburan tak wujud

SEORANG  jurujual pakaian wanita kerugian RM290,910 selepas diperdaya sindiket tawaran pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berusia 61 tahun itu telah tertarik dengan pakej pelaburan menawarkan modal rendah dengan pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam, menerusi iklan di laman Facebook, pada Mei lepas.

“Mangsa yang gelap mata telah membuat sejumlah bayaran modal dan dimaklumkan pelaburan  berkenaan telah berjaya menjana keuntungan. Bagaimanapun untuk mendapatkan keuntungan tersebut, mangsa perlu membuat bayaran tambahan untuk menampung kos pengurusan.

“Namun setelah bayaran dibuat, mangsa masih gagal mendapat keuntungan dijanjikan. Malah mangsa turut ditipu suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis, kononnya boleh membantu mendapatkan kembali wang pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa yang terdesak untuk mendapatkan kembali wang pelaburan dan keuntungan tanpa berfikir panjang telah membuat sejumlah bayaran lagi kepada suspek yang mendakwa mahir dalam menguruskan kes penipuan dalam talian.

Secara keseluruhan, mangsa telah membuat 16 kali pembayaran ke 16 akaun bank berbeza dari tempoh 14 Jun hingga 31 Julai lepas, menggunakan wang simpanan serta hasil gadaian barang kemas.

“Mangsa yang menyedari ditipu akhirnya membuat laporan polis pada 12.59 tengah hari semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img