PM ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, hargai peranan angkat martabat insan

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai pelanjut perjuangan mahasiswa dan dakwah yang mempunyai jati diri harakah Islamiah.

Menerusi hantaran di Facebook sempena ulang tahun ke-55 ABIM, Perdana Menteri berkata, usia pertubuhan itu bukan sekadar hitungan umur, sebaliknya garisan perjuangan yang ditulis dengan pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan.

“Pada usia 55 tahun ianya bukan sekadar hitungan umur, tetapi garisan perjuangan yang ditulis dengan pengorbanan, adab, akhlak dan kepercayaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, suara dakwah bukan sekadar suara di mimbar, tetapi denyut yang menghidupkan umat menerusi usaha menyantuni golongan mustadh’afin, mendidik generasi, mengangkat martabat insan serta menyalakan obor perjuangan di tengah zaman yang sering gelap oleh kekeliruan.

Beliau turut berharap agar ABIM terus menjadi pohon yang akarnya teguh mencengkam nilai, kukuh menahan badai dan dahannya terus rendang menaungi umat.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-55 ABIM,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img