BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalami komplikasi jantung selepas jatuh minggu lalu, dengan jantungnya berhenti selama sekurang-kurangnya dua saat, kata Peguamnya Amer Hamzah Arshad.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat Ismail Sabri di Institut Jantung Negara (IJN), peguam itu berkata anak guamnya dijadualkan menjalani prosedur alat pacu jantung (pacemaker) lewat petang ini.
Beliau berkata, Ahli Parlimen Bera itu mula berasa “agak pening” ketika memberi keterangannya kepada SPRM di di Putrajaya semalam.
“Saya tidak mempunyai butiran yang tepat, tetapi sudah tentu SPRM telah mengatur agar dia dibawa ke IJN kerana keadaannya.
“Dua minggu sebelum ini, dia jatuh dan mempunyai keperluan perubatan. Dia terpaksa dimasukkan ke IJN, dan kemudian terdapat kira-kira dua saat apabila jantungnya berhenti berdegup.
“Dia sepatutnya menjalani pemeriksaan dengan IJN Isnin depan. Tetapi kerana perkara yang berlaku semalam, mungkin dia menunjukkan atau menyebabkannya mengalami situasi seperti ini,” kata peguam itu.






