JIM siasat kenderaan berlogo jabatan dipandu warga asing

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat kejadian sebuah kenderaan yang menggunakan logo jabatan itu dipandu lelaki warga asing sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.

Katanya, pihaknya memandang serius penggunaan logo JIM pada kenderaan terbabit kerana boleh menimbulkan kekeliruan serta salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit serta tujuan penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan.

“JIM turut menghargai keprihatinan orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung perkara itu dan akan memastikan siasatan dilaksanakan dengan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu tular video dalam media sosial Threads memaparkan seorang lelaki warga asing memandu kenderaan didakwa milik JIM.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img