PM dijangka keluar hospital hari ini – Wan Azizah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri berkata, Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak hari ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here