Senjata api tiruan, 23 butir peluru kapur dirampas

POLIS merampas pelbagai jenis senjata api tiruan termasuk lima laras senapang, tiga pucuk pistol, sepucuk revolver serta 23 butir peluru dipercayai peluru kapur yang ditemukan dibuang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik serta tujuan barangan berkenaan dikumpulkan sebelum dibuang.

“Setakat ini, identiti pemilik senjata berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Siasatan mendapati senjata tersebut dibuang pada 11 Ogos 2026 sekitar jam 2.30 hingga 3 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut meneliti dakwaan bahawa individu yang dipercayai membuang senjata berkenaan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Chang Hook berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat (IO) kes, Inspektor Shasthry di talian 012-552 1394,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here