Tiga lelaki Rohingya direman lima hari lagi, disyaki rogol wanita OKU

TIGA lelaki warga Rohingya yang disyaki merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sekali lagi direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah sambungan reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Suspek direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli sebelum ini berkata, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan kebersihan itu ditahan pada Sabtu lalu.

Menurutnya, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat lalu.

“Kesemua suspek kemudian direman selama lima hari sehingga hari ini.

“Permohonan sambungan reman dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya sebelum ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here