Tiada perbincangan kemungkinan kerjasama PKR-PH dengan Bersatu – Fahmi

PKR dan Pakatan Harapan (PH) tidak membincangkan kemungkinan kerjasama dengan Bersatu yang didakwa bermula di Selangor.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil, yang juga pemimpin PKR berkata perkara itu belum dibincangkan di peringkat mesyuarat parti.

“Pada waktu ini, peringkat pimpinan tidak membincangkan perkara itu (kerjasama Bersatu),” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, lapor FMT.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari, berkata PH terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Perikatan Nasional (PN) atau Bersatu, selagi ia berlandaskan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Susulan kenyataan itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP Ramkarpal Singh berkata kerjasama antara partinya dan Pas, yang juga komponen PN, tidak mungkin berlaku ketika ini, antaranya susulan tuduhan parti itu anti-Islam.

Beliau menyifatkan tuduhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebagai tidak berasas dan menjadikannya contoh mengapa kedua-dua parti sukar bekerjasama pada masa ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here