Guru lelaki ditahan pukul pelajar, tampar ibu

POLIS menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar tersebut dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun itu ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada hari yang sama.

Menurut beliau, kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah pada Selasa lalu.

“Pada hari keesokannya (12 Ogos), wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian tersebut namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu.

“Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Mazlan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here