Penjawat awam wanita direman kes minta, terima rasuah RM19,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang pegawai sebuah agensi kerajaan di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM19,000 sebagai balasan membantu mendapatkan kerja-kerja tender dan kontrak di sebuah agensi kerajaan lain di negeri tersebut.

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 Ogos depan terhadap suspek wanita itu dikeluarkan Majistret Anis Adlina Abu Johan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 6.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2021.

“Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah daripada beberapa buah syarikat dan juga individu melalui traksaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here